Saturday, 1 April 2017

6 MITOS BERKAITAN IMUNITI TERBONGKAR

MITOS KE?

Banyak mitos berkenaan imuniti ni.. Jom kita tengok apa antara mitos nye tu!



Mitos 1 - Kebasahan dalam hujan akan membuatkan anda sakit
Tiada bukti menunjukkan bahawa cuaca sejuk menyebabkan seseorang boleh mendapat selsema atau sakit kerana sains moden tidak mampu untuk menunjukkan adanya hubungan di antara dua perkara tersebut.

Mitos 2 - Selsema ialah Virus, Sejuk ialah Bakteria
Kedua-dua sejuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus. Fakta yang menarik: terdapat lebih daripda 200 jenis virus sejuk yang unik (rhinovirus adalah yang paling biasa) dan virus selsema sentiasa berubah setiap tahun. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memastikan bahawa sistem imun adalah ditahap yang terbaik.

Mitos 3  - Selsema tidak berbahaya
Menurut Center for Disease Control and Prevention (CDC), angka orang yang mati disebabkan oleh selsema mencecah 49,000 pada setiap tahun (bergantung kepada tahap kesihatan, penyebaran dan jenis-jenis virus selsema). Di Malaysia, bayi dibawah umur satu tahun dan juga warga emas yang berusia lebih 65 tahun berada dalam kumpulan berisiko tinggi. Wanita-wanita hamil serta orang-orang yang gemuk atau yang mempunyai sistem imun yang lemah juga merupakan golongan yang berisiko tinggi. Menariknya, selsema yang biasa jarang memudaratkan - kecuali ia boleh menyebabkan kepada jangkitan-jangkitan yang lebih serius.

Mitos 4 - Antibiotik membantu merawat sejuk atau selsema
Memandangkan kedua-dua sejuk dan selsema adalah hasil serangan virus, antibiotik tidak dapat membantu mengurangkan kesakitan atau tempoh masa jangkitan itu. Walaubagaimanapun, antibiotik yang diberikan adalah berkesan untuk merawat jangkitan bakteria sekunder seperti resdung, jangkitan telinga, bronkitis dan lain-lain jangkitan yang disebabkan oleh sejuk dan selsema.

Mitos 5 - Selepas sekali mendapat selsema, anda tidak akan menghidapinya lagi untuk musim atau tempoh itu
Anda tidak akan mendapat selsema yang sama sebaik sahaja anda telah mengalaminya, tetapi itu tidak bermakna bahawa anda akan tidak menjadi mangsa kepada virus sejuk yang lain. Terdapat beberapa jenis virus sejuk dan selsema yang beredar di udara dan tidak mustahil untuk anda menjadi imun untuk sementara waktu tetapi masih boleh dijangkiti dengan penyakit yang lain.

Mitos 6 -  Anda hanya boleh berjangkit apabila mempunyai tanda-tanda sejuk atau selsema
Mitos! Apabila anda dalam keadaan sejuk, anda sangat mudah dijangkiti pada tiga hari pertama (terutamanya semasa fasa sakit tekak) dan anda akan menyebarkan virus antara lima hingga tujuh hari dari hari pertama menghidapi selsema. Virus ini boleh disebarkan apabila anda menyentuh hidung serta mulut dan kemudiannya menyentuh permukaan lain seperti tombol pintu dan telefon bahkan melalui batuk atau bersin.

Apepun mitos nya, kita perlu sentiasa bersedia meningkatkan tahap imun yang tinggi untuk mencapai kesihatan yang baik.

Dengan itu saya mencadangkan anda semua untuk mengambil set kesihatan imun daripada shaklee ini yang terdiri daripada:











Anda berminat? jadi dapatkannya dengan menghubungi saya ditalian 0196173299 atau membuat pembelian terus dengan klik ikon dibawah


ATAU

Anda boleh dapatkan harga yang lebih murah  15% hingga ke 20% ke atas segala barangan shaklee dengan mendaftar sebagai ahli. 


untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi seperti tertera dibawah:


Pengedar Sah Shaklee Paka: Azimah Tahir (Shaklee ID:1121584)


0196173299 (Whatsapp /  sms)


naziet83@gmail.com


cod: Business Park Paka


No comments:

Post a Comment