Search This Blog

Saturday, 31 December 2016

JANGAN BIARKAN ANAK ALAMI ALAHAN



Kajian menunjukkan, kebanyakkan rakyat Malaysia masih tidak mempunyai pengetahuan yang luas atau mencukupi bagi mendapatkan rawatan yang sesuai untuk alahan. Malah mereka tidak sedar bahawa rawatan bukan jalan utama penyelesaian, tetapi pencegahan yang paling utama.


Alergi atau alahan adalah tindakbalas daya tahan tubuh kepada bahan asing (penyebab alahan) yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru atau perut.

Alahan adalah penyakit yang boleh diwarisi iaitu jika ibubapa mempunyai alahan, anak berisiko tinggi mendapat masalah ini.

"Pola alahan semakin berubah di serata dunia", ujar Pengerusi Persatuan Alergik dan Imunologi Malaysia, Dr. Amir Hamzah  Datuk Abdul Latif.

Tambahnya lagi, kajian terkini menunjukkan kanak-kanak kini semakin berisiko mendapat alahan makanan berbanding alahan rongga hidung dan asma. Situasi ini semakin membimbangkan kerana masih ramai ibubapa tidak mengambil perkara ini.

"Alahan makanan mendatangkan kesan yang amat besar kepada anak kerana ia terjadi apabila sistem imunisasi badan mula menerima tindak balas negatif terhadap sesetengah makanan hinggan mendatangkan mudarat. Paling serius , alahan makanan boleh membahayakan nyawa seperti anafilaksis (alergik serius)", ujarnya.

No comments:

Post a Comment