Wednesday, 9 July 2014

Ini Mungkin Jawapan Terbaik Kenapa Klinik Dan Hospital Kerajaan Masih Lebih Baik

Ini saya copy paste daripada link ni.....
 
 terdetik dihati nak berkongsi..Ade kebenaran daripada nukilan  penulis...saya merasa hospital kerajaan dan klinik masih terbaik.. malah layanan mereka msh mesra... cme bab menunggu tu jela...tp apedahal.. xbayar pun... lps bersalin misi dtg tgk ank sy..dia cek la ke kita n anak.. xbyr pun....ini pengalaman saya melahirkan dua anak di Hospital Ampang n khdmat megndung di Klinik Ampang.....


 NuKILAN....MaRi La SamE MeMBaCa.....
Ini adalah cerita hasil nukilan seorang bekas peguam, Puan Nisah Haji Haron. Kenapa beliau masih memilih perkhidmatan kesihatan kerajaan walhal beliau mampu untuk membiayai kos perubatan beliau di fasiliti swasta. Ini jawapan beliau.
Nisah-Haji-Haron
Setelah melalui lima kali proses kehamilan, saya menggunakan khidmat klinik kerajaan dan saya bersalin setiap kali di Hospital Besar Seremban (kini Hospital Tuanku Jaafar Seremban). Hanya sekali dua pada peringkat awal kehamilan, saya buat imbasan untuk menentukan bahawa saya hamil di klinik swasta.
Pada awal tahun 2000, ketika hamil anak pertama, saya pergi juga ke klinik swasta. Sekali lawatan tidak kurang RM30. Kalau buat imbasan, tambah lagi dalam RM40 – RM50. Ini kadar di Seremban, ya. Persoalannya, bukan saya tidak mampu. Namun, di klinik kerajaan, saya boleh mendapatkan khidmat nasihat yang sama dan dibuat imbasan juga (jika temu janji itu dengan doktor) tanpa dikenakan bayaran satu sen pun!
Apabila bersalin di Hospital Besar Seremban pada tahun 2000, saya duduk di hospital selama 3 hari 2 malam. Oleh sebab bersalin normal (SVD), kos untuk tinggal di hospital tidak sampai RM50 sepanjang tempoh tersebut. Saya memilih untuk tinggal di wad kelas 3 pada ketika itu.
Saya masih lagi mendapat soalan “mengapa tidak ke hospital swasta?” ataupun “mengapa tidak duduk di wad kelas satu?”
Jika saya lahirkan anak saya di hospital swasta (kelahiran SVD), pada ketika itu kosnya mencecah RM2,000 (kadar di Seremban, ya). Saya dapat suasana hospital yang (mungkin) lebih aman kerana diberikan bilik seorang satu ataupun berdua, bertiga. Selebihnya, tidak banyak beza pun dengan apa yang saya lalui di bilik bersalin. Jika harus melalui C-Section, kosnya pastilah meningkat berkali-kali ganda.
Ada juga yang tanya, “selesakah bersalin di hospital kerajaan? Tak bersesak-sesak, kena tengking-tengking dengan misi?”
Bagaimana harus saya jawab persoalan ini? Saya akan ke mana-mana tempat yang baharu dengan ‘cawan yang kosong’. Saya tahu saya ke klinik kerajaan yang menawarkan kos perubatan percuma kepada ibu-ibu mengandung. Saya belum pernah diminta satu sen pun daripada pihak klinik walaupun mereka memberi saya ubat dan vitamin. Jadi, tentulah saya tidak diharapkan saya dilayan seperti tuan puteri yang baru turun dari langit. Tentulah, tidak ada hamparan permaidani merah khusus untuk saya.
Ramai orang? Ya, ramai. Jadi kenalah bijak memilih waktu. Kalau mahu pergi sebelah pagi, datanglah awal-awal. Sebelum jam 7.30 pagi setidak-tidaknya, sudah pergi ambil nombor. Jika tidak, pilih untuk datang pada waktu petang. Orang sudah mula reda. Saya akan sediakan bahan bacaan ataupun buku nota untuk mencatat. Pada saya, inilah peluang untuk saya bersendirian dan mempunyai masa khusus untuk membaca sambil menunggu giliran.
Misi marah-marah? Siapa yang tak marah kalau tidak ikut peraturan dan arahan yang telah ditetapkan. Mereka sentiasa cuba untuk menceriakan wajah pada setiap pelanggan. Tetapi, kita juga harus faham bahawa mereka juga manusia yang setiap hari menghadapi rutin kerja sejak awal pagi sehingga lewat petang. Itu belum lagi dicampur dengan karenah pelanggan yang berfikir, dia seorang sahaja yang betul.
Selama hampir 10 tahun mengulang ke klinik kerajaan dan hospital kerajaan, saya dapat melihat perkembangan yang positif dalam usaha mereka memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Menunggu giliran kini, tidaklah terlalu lama seperti awal-awal dahulu.
Untuk kelahiran anak-anak yang lain, saya hanya tinggal sehari di hospital. Ada yang tidak sampai 24 jam pun – sebab anak lahir sebelum subuh dan sudah boleh keluar hospital selepas waktu zuhur. Oleh itu, kos setiap kali bersalin tidak sampai RM30.
Selesa? Tidak ada apa yang harus saya rungutkan. Saya dapat kelan-kenalan baru di katil-katil bersebelahan. Berjumpa dengan golongan marhaen. Ada banyak kisah yang dapat dikongsi dalam pertemuan sesingkat itu. Kalau kita menjadi ibu buat kali pertama, akan ada ibu-ibu yang lebih berpengalaman yang akan sukarela membantu.
Setelah pulang ke rumah, misi atau jururawat di klinik kerajaan tadi akan datang ke rumah tanpa perlu diundang. Mereka akan datang melihat keadaan bayi, keadaan ibu. Sebab itulah, anak saya yang sebelum ini segera dikejarkan ke hospital kerana dikesan mendapat jaundice. Jururawat akan datang setiap hari selama hampir seminggu untuk memastikan bayi benar-benar sihat.
Berapakah kos untuk perkhidmatan ini? PERCUMA.
Jadi, perlukah saya merungut?
Saya fikir, kalau ke hospital/klinik swasta, selangkah sahaja perjalanan untuk bertemu doktor, maka bertaburlah duit di sepanjang jalan…
Terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Ampangan dan juga pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan.

SEKIAN sekadar perkongsian....

No comments:

Post a Comment