Wednesday, 30 January 2019

TIPS KEHAMILAN SIHAT



Bila disahkan hamil, itu adalah berita paling gembira kepada semua wanita yang sudah berkahwin. Masa tulah, kita mula rasa penting untuk ambil berat menjaga diri dan kandungan

Bakal ibu juga perlu mengambil tahu semua aspek tentang kehamilan, kelahiran dan perkembangan anak dalam kandungan. Berikut antara tip kehamilan sihat yang mesti dilakukan oleh ibu hamil.





1. Jaga kebersihan diri

Bila hamil, kebersihan diri terutama di bahagian sulit perlu dijaga sebaiknya untuk mengelakkan masalah keputihan. Keputihan disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jika tidak dirawat semasa hamil, dibimbangi boleh memberi risiko kepada janin yang dikandung.

2. Melakukan pemeriksaan antenatal secara berkala

Sebaik sah hamil, buat janji temu untuk menjalani pemeriksaan antenatal ibu hamil. Pemeriksaan ini penting dilakukan mengikut jadual kerana ia memantau perkembangan ibu dan anak, keadaan rahim ibu, kandungan gula dalam darah, tekanan darah, air kencing, berat ibu. Ia penting untuk memantau serta mengesan sebarang kelainan atau penyakit yang dihidapi oleh ibu hamil.

3. Amalkan gaya hidup sihat semasa hamil

Walaupun sedang hamil, ia tak bermakna anda hanya berbaring sahaja. Jika anda seorang yang aktif bersukan sebelum ini, masih boleh lagi aktif tetapi perlu mengikut nasihat doktor. Ibu hamil juga boleh melakukan senaman ringan seperti kerap berjalan, berenang, yoga dan lain-lain yang bersesuaian.

4. Jaga Pemakanan

Kadangkala ibu hamil memang ada teringin atau mengidam makan sesuatu makanan. Bukan tak boleh makan tetapi cukuplah dalam kuantiti yang sedikit. Pastikan jadual pemakanan seharian terdiri daripada makanan yang berkhasiat dan cukup memenuhi keperluan nutrisi ibu hamil.

5. Ambil asid folik

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah asid folik (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi. Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan, Suplemen minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).

6. Emosi ceria

Secara psikologinya emosi turut memainkan peranan penting terhadap kesihatan ibu sepanjang hamil. Elakkan stres berlebihan, kesedihan dan kemurungan kerana ia boleh mempengaruhi emosi anak dalam kandungan dan mengganggu kesihatan badan ibu sendiri.

7. Hadkan pengambilan alkohol

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Spectrum Disorder - FASD), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.

8. Kurangkan pengambilan kafein

Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

9. Berhenti merokok

Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan sumbing bibir atau lelangit.


Kat sini juga azimah nak kongsikan pengalaman ibu hamil  dan apa yang diamalkan untuk dapatkan kehamilan sihat.










SET KEHAMILAN SHAKLEE

Ibu mengandung perlukan supplement atau vitamin yang lengkap bernutrisi untuk diri sendiri dan juga untuk tumbesaran bayi sihat dalam kandungan.

Set Kehamilan dari Shaklee ini  memberi segala nutrisi yg diperlukan badan dan perkembangan bayi sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan

Dalam Set Kehamilan, ada 6 produk :
  • ESP (sumber protin lengkap)
  • Bcomplex
  • Vitalea 
  • Vitamin C
  • Ostematrix (Sumber kalsium)
  • Omega Guard 



🌸 ESP - Memberikan tenaga berkekalan, tahan selama berjam-jam. Membantu untuk memperoleh kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Pada masa yg sama, kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal & inshaaAllah kulit baby pun cantik nanti.

🌽 VITAMIN C - Untuk kesihatan gigi, tulang, gusi, kolagen dan semua elemen yg bentuk tubuh badan kita. Juga membantu menguatkan imun badan agar tak mudah dijangkiti penyakit, untuk baby juga dapat disalurkan melalui susu badan, juga utk kulit cerah gebu halus.

🌸 B COMPLEX - Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. Folic Acid untuk perkembangan fizikal dan saraf baby, mengurangkan risiko bayi kecacatan otak atau saraf tunjang.

🥛 OSTEMATRIX - Sumber kalsium, Vitamin D dan magnesium untuk menjaga tulang & gigi yang kuat dan sihat. Juga bertindak pelawas, elakkan sakit lutut, pinggang n  cramp.

🥦 VITA LEA - 28 vitamin penting & mineral utama untuk kesihatan optimum, penambah tenaga, pelengkap nutrisi, utk kecantikan & kesihatan keseluruhan. Mengelakkan kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan anemia, low HB, pitam.

🐟OMEGA GUARD - EPA&DHA utk perkembangan minda baby. Juga membantu mengatasi masalah tekanan darah tinggi, membakar lemak berlebihan dan mengelakkan berat badan naik mendadak.


Untuk pembelian terus boleh klik link dibawah:



Atau kalau nak dapatkan harga yang lebih menarik lebih baik semua direct je hubungi azimah seperti dibawah:


Azimah Tahir
Shaklee Independant Distributor
Malaysia, Terengganu Paka
SID No.: 1121584


sumber rujukan: Pa&MA dan BabyCenter


No comments:

Post a Comment